Sunday, 17 April 2011

Kebaikan terhadap orang yang mengasihi fakir miskin


Diriwayatkan bahawa pernah suatu musim kemarau menimpa Bani Israel dlm beberapa tahun yang berterusan. Ada seorang perempuan memiliki sepotong roti. Diletakkan roti itu pda mulutnya utk dimakan. Tiba-tiba datang seorang pengemis di depan pintu dan berkata, " Berilah aku kerana Allah, sepotong roti sahaj."



Perempuan itu mengeluarkan roti itu dari mulutnya dan diserahkan kpd pengemis itu. Kemudian perempuan itu keluar ke pdang belantara utk mencari kayu. Dia mempunyai seorang anak kecil yang turut dibawanya bersma. Tiba-tiba dtang seekor serigala dan menangkap anak kecil itu serta membawanya lari. Terdengar suara jeritan . Bersegeralah perempuan itu mencari jejak serigala. Lalu Allah S.W.T mengutus malaikat Jibril a.s dan mengeluarkan anak itu dari mulut serigala.



Diserahkan anak itu kepada ibunya seraya berkata padanya, " Hai perempuan hamba Allah, puaskah engkau sesuap roti diganti dengan keselamatan anak?" Perempuan itu seraya menjawab, " Ya."



Terdengar suara mengatakan, " Demikianlah balasan kepda orang yang mengasihani orang miskin dan kelaparan. Kami selamatkan dan kami pelihara sebagai balasan orang yang berbuat baik."

No comments:

Post a Comment